Friday, May 1, 2009

YB Husam Musa

Adakah Pemimpin PAS Cukup Mesra AGAMA dan Bangsa???

Ini dia gambar yang boleh bawa kesan positif dan negatif . Lu pikir la sendiri!!!

Dikutip dari arkib blog jeff oi Tahun 2006:

Pemimpin PAS di hari majlis pengkebumian Dr K. Sri Dhammananda Nayaka Maha Thera.


Rev0901_0001.jpg


Husam_0128.jpg

YB Husam Musa turut hadir.

Husam_0125.jpg


Rev0901_0021.jpg


Rev0901_0052.jpg

Rev0901_0050.jpg

Rev0901_0012.jpg

Rev0901_0072.jpg

Rev0901_0074v.jpg


Thursday, April 30, 2009

Unit Ehsan Pulau Pinang dan AMK Pulau Pinang

Unit Ehsan & Syarikat Korporat Menghulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan..























Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan izin dan limpah kurniaNya, semua konvoi Unit Ehsan Pulau Pinang dan syarikat korporat CAB Cakaran Corporation Berhad (2 buah MPV & 1 lori 'bonded' 3Tan) selamat bertolak pulang pada jam 01:15 pagi hari Jumaat 05hb Disember 2008, dari perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Parlimen Tumpat.

Barang-barang bantuan berbentuk kain selimut, kampit beras, gula, minyak masak, daging nugget, daging burger dan sosej telah berjaya diterima pada awalnya oleh ADUN Limbongan, Pasir Puteh merangkap Timbalan Presiden Kelab 'Backbancheur' ADUN Negeri Kelantan, Yang Berhormat Drs. Zainuddin Awang Hamat.

Beliau yang juga sebagai Pengerusi Briged Kebajikan Perdana Negeri Kelantan telah menyambut ketibaan delegasi Unit Ehsan dan syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad di Pusat ICT ADUN Limbungan untuk sesi pengenalan dan kemaskini isu-isu semasa di kawasan yang dilanda banjir dan seterusnya mengiringi ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Tumpat yang sedia menanti kehadiran delegasi bantuan.

Delegasi bantuan terdiri dari 4 orang sukarelawan Unit Ehsan, 2 orang exco AMK Malaysia, 2 orang exco AMK Pulau Pinang dan 5 orang dari syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad yang diketuai oleh Group Executive Director, Sdr. Victor Loo Choo Ghee.

Sejurus tiba di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, wakil Y.B Mohamad Zaki Ibrahim ADUN Kelaboran, menerima bagi pihak Yang Berhormat semua barang bantuan untuk disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang yang sedang dilanda banjir ketika ini.

Jutaan terima kasih kepada Sdr. Asrol Affendi selaku moderator Kelatekito.com dan BloggerNetwork@Kelantan yang bertungkus lumus menyelaraskan program dari awal ketibaan delegasi bantuan di Tanah Merah hinggalah selesai di DUN Kelaboran, Tumpat.

Tidak lupa juga terima kasih kepada petugas di Pusat Khidmat yang sudi menyediakan makanan dan minuman untuk delegasi petugas bantuan, Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh & Tumpat serta Unit Amal PAS Pasir Puteh dan Kelaboran, Tumpat Kelantan yang sudi memberikan kerjasama.

YB Zaki Ibrahim


Dalam kesibukan tugas sehari-sehari, YB ADUN Kelaboran mewajibkan diri untuk turun melawat rakyat yang kurang bernasib baik di bawah seliaan beliau.


Antara pesakit yang beliau lawati baru-baru ini termasuklah Encik Samsudin di Kampung Tanjung Kuala yang mengidap penyakit TB dan terpaksa mendapatkan rawatan setiap hari di hospital.


YB ADUN sewaktu melawat puan Ma Kelathom bt Harun yang terseliuh kepala lutut di Kampung Dalam Rhu manakala suami beliau Encik Sulaiman Dollah sedang beransur pulih dari kecederaan kaki akibat dilanggar oleh penunggang motorsikal.

YB Husam Musa

Dr. Nik Mazian Nik Mohamad (ADUN PAS Pasir Puteh)

YB. Saifudin Nasution. (Ahli Parlimen, Keadilan Rakyat, Machang)


Dato Anuar Tan Abdullah(ADUN PAS Kota Lama) & Dato Husam Musa (ADUN PAS Salor)


"S.U Politik Menteri Besar Kelantan, Encik Anual Bakri Haron "


25 April 2009 , Kg. Kota, Kota Bharu, Kelantan - Ratusan dan mungkin mencecah ribuan rakyat dan pemimpin tempatan dari segenap pelusuk negeri kelantan dan negeri berdekatan diraikan dengan majlis jamuan nasi sempena perkahwinan anak YB Husam Musa. Bertempat di kediaman YB. Husam Musa di kampung kota, kota bahru, kelantan.

Diantara tokoh2 pimpinan PAS/ PKR Kelantan yang hadir adalah seperti YB. Dr. Nik Mazian, YB. Dato Anuar tan Abdullah, YB. Saifudin Nastuion dan SU Politik Menteri Besar Kelantan, Encik Anual Bakri Haron dan lain-lain. Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di tanah suci madinah / mekah.

Lauk istimewa adalah gulai daging kambing dan lembu tempatan hasil dari projek ternakan kelolaan kerajaan negeri kelantan.

Rakyat kelantan diraikan dan dijamu dengan istimewa. Inilah yang rakyat mahu, Pemimpin melayan rakyat dengan sopan, bukan dengan keangkuhan.

Rakyat bukan mintak dihidang nasi catering hotel / resotran 5 bintang..tapi cukuplah dengan nasi kawah kampung, sebagai tanda setiakawan antara rakyat dengan pemimpin. Pakatan Rakyat sedang buktikan!!!

Makkal Sakhti!!!! Hidup Pakatan Rakyat!!!